Set Home Spa AYUS : Sauna dan Tangas untuk kegunaan di rumah atau pemilik home spa yang menawarkan khidmat sauna dan tangas secara mobile atau spa bergerak. Ini kerana set ini mudah di bawa ke mana-mana kerana saiznya yang ringan dan selamat digunakan walaupun berada pada suhu tinggi. Ini kerana kerusi rotan dan juga fabrik kain sarung sauna dan tangas adalah selamat dan bukan diperbuat daripada plastik.


Kandungan Set Home Spa AYUS

1 unit Bangku Tangas (RM 135)

1 unit Sarung Sauna (RM 120)

1 unit Herba Tangas 100 gm (RM 39)

1 unit Terapi Mandian Herba 50 gm (RM19) untuk digunakan sebagai herba rebusan sauna

Siapa Perlu Bertangas?

Bertangas adalah kaedah stim vagina untuk pengeluaran toksin dalam badan. Ia juga membantu proses penyembuhan dan pengecutan saluran vagina dan peranakan. Bertangas bagus bukan sahaja untuk wanita berusia yang telah bersalin, malah sesuai juga sebagai rawatan bulanan untuk wanita selepas haid.


Bertangas atau Vagina Steaming/Yoni Steaming sesuai untuk diamalkan oleh :

  • bakal pengantin,
  • wanita selepas bersalin biasa/pembedahan
  • wanita yang mengalami haid tidak lancar,
  • wanita yang telah melakukan hubungan suami isteri
  • wanita menapous
  • wanita yang mempunyai cist
  • wanita yang mengalami masalah keputihan
  • lelaki yang mengalami masalah buasir


Kelebihan- kelebihan  Bertangas

Wanita selepas bersalin amalkan selepas 40 hari atau sebagai rawatan penutup pantang.

  • mempercepatkan luka sembuh
  • mengecutkan rahim
  • mengelakkan prolapse/tombong
  • mengetatkan vagina
  • Memulihkan tenaga
  • Mengeluarkan sisa darah nifas


Jika tidak berpantang, dilakukan selepas haid kering 3 hari berturut-turut sebagai maintainance untuk kecantikan (lebih anjal & lebih bergetah dan wangi) dan kebersihan vagina.

  • Mengeluarkan sisa darah haid
  • Menghilangkan masalah kulat seperti gatal-gatal di kemaluan
  • Mengurangkan masalah keputihan
  • Menurunkan berat badan


Cara Guna:

Set lengkap bertangas ini sesuai untuk kegunaan di rumah dan di spa samada menggunakan cara tangas basah atau tangas kering.

  1. Mulakan dengan tangas basah agar pori-pori terbuka.
  2. Rehat 5 minit dan diikuti dengan tangas kering.


Tangas basah : wap air dari rebusan herba tangas.

Tangas kering : wasap dari herba tangas yang diletakkan di atas batu yang telah dibakar.


Tangas Basah:

  1. Campurkan 3 sudu herba tangas dan 3 cawan air dan masukkan ke dalam periuk tanah.
  2. Masak sehingga mendidih and terbit bau aroma herba.
  3. Letakkan periuk berserta air herba tangas di bawah bangku tangas.
  4. Sarungkan kain sarung tangas menutupi paras pinggang hingga ke menutupi seluruh kerusi dan kaki dan duduk bertangas.


Tangas Kering :

  1. Campurkan 3 sudu herba tangas bersama sedikit air untuk dijadikan bancuhan pekat.
  2. Bakar batu sungai dengan api perlahan 10-15 minit. Masukkan batu sungai panas di dalam periuk tanah.
  3. Tuang bancuhan herba tangas di atas batu panas dan perah limau purut di atas bancuhan herba sehingga mengeluarkan asap.
  4. Letak periuk berserta batu panas di bawah bangku tangas.
  5. Sarungkan kain sarung tangas menutupi paras pinggang hingga ke menutupi seluruh kerusi dan kaki dan duduk bertangas.


Sauna

  1. Masukkan 1 sachet Terapi mandian Herba ke dalam periuk berisi air (jika mahu rasa panas lebih tinggi, gunakan rice cooker)
  2. Masak sehingga mendidih and terbit bau aroma herba.
  3. Letakkan periuk berserta air herba di bawah bangku tangas.
  4. Sarungkan kain sarung tangas menutupi seluruh tubuh kecuali kepala
  5. Berdiri dahulu dengan kain menutupi seluruh kerusi untuk periksa suhu. Duduk hanya selepas anda rasa selesa dengan suhu air herba. Jika terlalu panas, biarkan dahulu sehingga mencapai suhu yang dikehendaki sebelum mula dan duduk bersauna.

* Tempoh masa maksima untuk setiap sesi bertangas dan bersauna hanya 15-20 minit. Minum air kosong sebelum dan selepas setiap sesi. Anda boleh mengalami masalah dehidrasi jika melakukan sesi terlalu lama atau terlalu kerap.

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good
Captcha

Set Tangas

  • Product Code: Set Tangas
  • Reward Points: 336
  • Availability: In Stock
  • RM338.00
  • RM320.00


Related Products

Herba Tangas

Herba Tangas

Herba Tangas dengan Wangian Bunga Ros adalah adunan rempah ratus dan herba untuk mengembalikan kesih..

RM39.00

Bangku Tangas Rotan

Bangku Tangas Rotan

Bangku Tangas Rotan buatan tangan ini digunakan untuk sesi bertangas atau sauna. Rekaan yang ..

RM135.00

Selimut Tangas

Selimut Tangas

Kain Sarung Sauna dan Tangas digunakan agar khasiat herba dapat diserap secara optima semasa sesi ..

RM120.00

Periuk Tangas

Periuk Tangas

Periuk tanah liat digunakan untuk merebus herba untuk memelihara khasiat herba.Kelebihan:tahan panas..

RM25.00

Tags: set bertangas, kerusi tangas, rempah tangas, herba tangas